Thursday, December 30, 2010

Nota Untuk Garuda

Dear Indonesian,

Anda menjadikan laser punca kekalahan
Kami jadikan kesungguhan bukti kejayaan
Anda mencipta provokasi alasan menagih simpati
Kami merancang strategi meningkatkan prestasi
Anda mencemuh dengan tuduhan
Kami menangkis dengan jaringan
Jika anda gah dengan sorakan
Kami tidak tenggelam dengan makian
Kami menang, menang bergaya
Kami menang, menang bermaruah
Kami menang bukan kerana bomoh
Kami menang bukan kerana laser
Kami menang bukan kerana keeper kami berwibawa
Kami menang bukan kerana defender kami kebal bertahan
Kami menang bukan kerana striker kami menggegar gawang
Tapi kami menang kerana usaha murni
Kami menang kerana restu Illahi
Kami menang kerana kami memang LAYAK menjulang piala 
Kamilah juara AFF SUZUKI CUP 2010.
Tahniah MALAYSIA!





                                             


GENG HARIMAU MALAYA
                                                                                                                                       

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd. Sharbinee Allawee Ramli

Pertahanan

Mohd. Sabre Mat Abu
Mohd. Faizal Muhamad
Asraruddin Putra Omar
Khairul Helmi Johari 
Mahalli Jasuli
Mohamad Muslim Ahmad
Mohamad Fadhli Mohd. Shas
Mohd Razman Roslan

Pemain Tengah

Safiq Rahim
Mohd Amri Yahya
Amar Rohidan
Mohd. Khyril Muhymeen Zambri
K. Gurusamy Govandar
S. Kunanlan
Mohd. Amirulhadi Zainal 
Mohamad Ashari Samsudin

Penyerang

Norshahrul Idlan Talaha
Mohd. Safee Mohd. Sali
Izzaq Faris Ramlan
Faizal Abu Bakar



p/s: kalau khairul fahmi dah berpunya, agak2 amirulhadi available lg x? hehee..

Tuesday, December 21, 2010

Melangkah ke Fasa Baru Kehidupan

Dah memang hukum alam, semua org akan melalui satu fasa ke satu fasa kehidupan. Bermula dari fetus ---> baby ---> kanak2 ---> budak sekolah ---> remaja ---> dewasa ---> warga emas. Bermula dgn dok rumah memekak, melalak, merangkak, berjalan, berlari ke pegi sekolah cari pasal cari gado ke zaman kolej yg baru terkedek-kedek nak belajar membaca, menulis, mengira ke zaman universiti, mengaplikasikan semua yang dah dipelajari sambil menambah ilmu2 baru  tak kira sama ada yg tertakhluk dalam silibus atau pun tidak. Utk aku, ada dua fasa pulak sekarang nih yg mencucur dari belakang. KERJA dan KAHWIN. hoho..

Untuk kerja, semua akan dilepaskan kepada KKM utk menentukan. Tugas yg tinggal hanya menghabiskan satu lagi semester yg masih berbaki dgn harapan memperoleh result yg bagus utk sem ini dan seterusnya melayakkan diri menggenggam segulung ijazah. Semoga dipermudahkan. Amin.

Wedding of the Year

Tapi part yg lagi satu tuh mmg sesuatu yg gila! Dan idea gila ini datang dari coursemate lelakiku yg ntah mimpi apa dok promote soh bdk2 pompuan nih join kursus kahwin yg akan diadakan di kolej kediaman. Diingatkan lagi kursus kahwin. K.A.H.W.I.N. Dalam byk2 perkara kat dunia, part ni la  yg paling2 jarang melintas kat kepala otak. Apa lagi...bantai gelak la ktorg mendengar saranan tuh. Tak pernah terfikir kot nak join kursus kahwin seawal usia 22 tahun. Awal ke tuh??? Hahahahahahahaha....Dalam gelak2 ramai jugak yg bertanya. Berapa bayaran kursus tuh?siapa lagi yg join?kenapa korg (bdk2 laki) beriya promote kat ktorg (bdk2 pompuan) nih? dan yg paling best...kursus nih ada exam tak? ada kena soal2 tak? ermmmm...mmg dasar bdk sekolah universiti....exam semendang je yg ditakutkan. Then, boleh pulak mamat sorg ni jawab..."ada.nanti kena hafal surah.macam exam la....kata nak lulus dapat sijil"...hahahahhhaha. Mulut gelak. Tapi dalam hati cuak beb! Betul ke kena hafal surah?!ah sudah..... Last kerja menghafal surah nih masa zaman matrik 4 tahun lepas. surah al-Mulk.aish....Gelak masih bersambung dan hati masih bersoal jawab. Serius ke nih? Tapi akal cepat2 meneutralkan keadaan. Gila! Takkan kena hafal surah kot. Kalo macam tuh ramai la tak kahwin sebab takut fail. Perbualan petang itu berterusan. Dari satu topik ke satu topik. Dari satu cerita ke satu cerita yg lain.

Ku sangkakan topik kursus2 kahwin2 nih dah berakhir tetapi tidak! Topik ini topik bersiri rupanya. Topik yg bermula pada petang rabu or khamis disambung ke petang isnin. Pada episod kali ini, sesi pujuk-memujuk, ayat-mengayat semakin rancak dijalankan. Usaha dipergiatkan kerana hari ini adalah hari terakhir utk confirmkan penyertaan. Soalan yg diutarakan masih sama. Akan adakah exam sepanjang kursus ini? Jawapan dari sahabat yg pernah mengikutinya mmg menghampakan. "Ada.kat perak ada.kat KL tak taw la.tak ada kot". Hahahahahah...ayat...baik punyer cover!! Ish...baru je dapat result sem lepas. Takkan baru seminggu nak kena amek exam lagi kot. hoho

Antara iya atau tidak. Antara nak atau tak nak. Antara percaya atau tidak. Nama, no ic dan no matrik telah selamat diberikan kepada yg telah diamanahkan utk membuat promosi ini. Nampaknya closing tahun ini memang diluar kotak fikiran walaupun masih berada dalam lingkungan logik akal. Wake up girl! Umur dah 22...dan seharusnya ada pembaharuan dalam menyusun langkah mencorak kehidupan. Jangan terus bermimpi di alam yg sama. Biarlah peningkatan usia seiring dengan kematangan fikiran. Kalau pegi kursus esok pon bukan kau kena kahwin lusa!Ada paham????."Paham2". Akhirnya jawapan ditemui.

Monday, December 20, 2010

Pengurusan Kewangan



Sebagai pelajar mesti kita tak pernah terlepas mengalami masa2 ‘sesak’, kan? Eleleh... tak yah la nak tipu. Aku pon student kot..bese la tuh... . Lainla kalau anda mmg anak lord. Duit mungkin bkn menjadi masalah.  Tapi utk kita yg setakat ada2 nih...lain pulak citer dia...awal2 sem joli sakan...beli lappy baruuuu...tukar hp baruuu...cari awek baruuu....(msk list gak ke??J)make up kete...modified motor...uh, senang cite sume nak tukar la kan. Tapi bila masuk tengah sem (ujung sem lagi  tak yah cite. Kering-kontang, beb!!) hambikkk ko!! Time2 ni la baru ingat nak pose sunat..pose ganti..diet dan segala bagai. So kat cni aku nak kongsi ngan korg cara aku manage duit aku.
Aku ada 2 akaun bank. Satu tuh akaun utama, utk saluran biasiswa/pinjaman sepanjang pengajian aku. And yg 1 lagi aku panggil akaun in-out aku. Nape aku panggil in-out??? Sebab sukati aku la bila  pon aku nak msk or kua kan duit dari akaun nih....muahahahaha (opkos yg keluar lagi byk dari yg masuk kan...*winkwink*)
Okey. Setiap awal sem aku akan kira siap2 kos perbelanjaan sepanjang sem. Yuran pengajian+perbelanjaan bulanan. Total semua.
Then, aku usha berapa byk baki yg ada dlm akaun in-out aku. Kira berapa byk lagi yg diperlukan supaya total dlm akaun in-out aku equal to kos perbelanjaan sepanjang sem.
 Next, keluarkan amount yg diperlukan dari bank utama dan mskkan ke dlm akaun in-out. So dlm akaun in-out skunk ni cukup2 je utk dijolikan selama 5 bln. Heheee..
Hey, x abes lg. Kay!
Setiap bln aku akan keluakan sekali je duit dari akaun in-out aku. Dan amount itu adalah jumlah perbelanjaan mkn+minum+shopping+etc aku selama sebln.
Semua proses jual beli penggunaan duit akan direkodkan ke dlm ledger book! Setiap bln. (seyes tak tipu!!)
Manakala, proses keluar duit dari akaun in-out akan dipantau melalui perbankkan internet 2 bln skali. Ape?? Kenapa tak sebln sekali?...dey, baca kat sebelah tuh...’aku.saya.kita. seorg yg sgt2 bz.........’. Sgt2 bz, okey.
Cth dlm ayat matematik pulak...cewahhh
Katakan, (1 sem=5 bln)
Akaun utama                        = RM 1 000
Akaun in-out                         = RM 25
Yuran pengajian sem ni          = RM 300    
Perbelanjaan sebln                = RM 100


Perbelanjaan 1 sem               
= RM 100 X 5 bln
= RM 500

Kos perbelanjaan sepanjang sem                   
= Yuran pengajian + Perbelanjaan 1 sem
= RM 300 + RM 500
= RM 800


Tapi dlm akaun in-out cuma ada RM 25

Jumlah yg diperlukan utk menampung perbelanjaan sepanjang sem
= kos perbelanjaan sepanjang sem – akaun in-out
= RM 800 – RM 25
= RM 775

So, keluarkan RM 750 dari akaun utama dan masukkan ke dalam akaun in-out.
Therefore, yang tinggal dalam akaun:
Akaun utama         
= RM 1 000 – RM 775
= RM 225

Akaun in-out         
= RM 25 + RM 775
= RM 800; iaitu, sama dengan kos perbelanjaan sepanjang sem.

Macam mana kalo duit perbelanjaan bulanan tuh masih ada baki di tangan?
Ermmm...tu maknanya anda seorg yg jimat-cermat! So, congratulations!

Actually duit tuh anda boleh masukkan semula ke akaun in-out atau biarkan je dlm pegangan anda. Bkn apa, bln ni mungkin perbelanjaan anda kurang dari apa yg anda jangkakan. Tapi bln dpn mungkin anda memerlukan wang tambahan utk menampung kehidupan. Apa2 pon berbelanjalah mengikut kemampuan. Lupakan perangai anda yg suka show off tak bertempat tuh!

Kenapa nak complicatedkan hidup ngan wat semua nih???
Coz dulu saya bercita-cita nak jd akauntan. Tapi dah tersalah pilih course..L